Blogger Templates

Thursday, December 8, 2011

Metro !!

Dendam tak padam


LONDON: Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas menegaskan beliau tidak kisah sekiranya tidak disenangi kerana berterusan menganggap kritikan media mengenai regimnya di Stamford Bridge sebagai “tidak adil”.

Pengendali berbangsa Portugis itu semakin menyelar pengkritiknya sejak kemenangan Chelsea ke atas Valencia Selasa lalu yang menyaksikan pasukannya layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, seolah-olah mengikut jejak langkah rakan senegara dan bekas bos Blues, Jose Mourinho.


Villas-Boas, yang pernah menjadi kakitangan Mourinho di Stamford Bridge, berasakan kritikan yang dilemparkan terhadap Chelsea sengaja diapi-apikan oleh wartawan yang mengagumi pencapaian Manchester City, sekalipun pendahulu Liga Perdana Inggeris itu 10 mata di depan kelab barat London itu.

“Banyak perkara yang diperkatakan, kebanyakannya adalah tidak betul,” kata Villas-Boas, menjelang pertemuan Blues di gelanggang sendiri menentang City awal pagi Selasa ini.


“Satu hari saya akan buka pintu sesi latihan kepada anda semua buat beberapa hari dan anda akan lihat bagaimana pemain memiliki bakat dan keupayaan serta keinginan kuat untuk bersaing. Itulah yang kami lakukan ketika menerima kritikan melampau.” Beliau berkata: “Adalah adil sekiranya anda semua mengaku pasukan kesayangan media adalah yang memakai kolar biru muda dan bukannya Chelsea.


“Kami dikalahkan secara tidak adil beberapa kali dan secara adilnya oleh anda semua pada permulaannya. Ia satu hubungan cinta dan benci,” kata Villas-Boas yang berusia 34 tahun.

Namun Villas-Boas berasa lebih dibenci daripada disayangi minggu ini berikutan laporan pertelagahan di bilik persalinan antaranya dan beberapa pemainnya.


“Jika penyebar maklumat mereka menerima bayaran, dapatkan semula wang itu,” kata Villas-Boas, yang terpaksa mengetepikan Alex, Nicolas Anelka dan pemain tengah England, Frank Lampard daripada pasukan ketika menang ke atas Valencia Selasa lalu.

Ditanya jika beliau peduli jika disukai, Villas-Boas berkata: “Saya tidak kisah.” - AFP.

0 comments: